Dari PRK Ke PRK Sejak PRU 2008 (Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Umum)

 

KUALA LUMPUR 16 Feb – Pilihan Raya Kecil (PRK) lagi … Belum pun bermula pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Allah s.w.t lebih menyayangi ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang pulang ke rahmatullah baru-baru ini.

Lantaran itu, PRK DUN Kerdau terpaksa diadakan. Pilihan raya kecil Kerdau merupakan pilihan raya kecil ke-16 bagi penggal ini sejurus pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, – sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya, sejak Pilihan Raya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955.

Menyorot kembali pilihan raya kecil pada penggal ini, ia bermula dengan PRK P. 44 Permatang Pauh yang diadakan berikutan peletakan jawatan oleh penyandangnya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail daripada PKR pada 1 Ogos 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi 26 hari kemudian.

Anwar selesa bertanding di kubu kuat beliau dan mengalahkan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah serta calon AKIM dengan majoriti 15,671.

Seterusnya, PRK beralih ke Pantai Timur apabila Ahli Parlimen P.36 Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismai meninggal dunia pada 2 Disember 2008 dan pengundian diadakan pada 17 Januari 2009. Pertandingan satu lawan satu antara BN dengan Pas memihak kepada calon Pas, Datuk Hj Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631.

Selepas itu, tiga PRK berlangsung serentak pada 7 April 2009 apabila wakil rakyat P.59 Bukit Gantang, Perak Tuan Haji Roslan Shahrum dan Datuk Dublin Unting Anak Ingkot iaitu wakil rakyat N.29 Batang Ai, Sarawak meninggal dunia sementara penyandang N.25 Bukit Selambau, Kedah V.Arumugam meletak jawatan.

Di Bukit Gantang, bekas MB Perak daripada pakatan pembangkang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang mewakili Pas menang dengan majoriti 2,789, manakala di Batang Ai, calon BN, Malcom Mussem Anak Lamoh menang dengan majoriti 1,854 dan di Bukit Selambau, calon daripada PKR, Manikumar A/L Subramaniam menang dengan majoriti 2,403.

PRK Bukit Selambau pula menyaksikan rekod pertandingan. Seramai 15 calon menawarkan diri untuk bertanding, termausk daripada BN dan PKR.

PRK Bukit Selambau pula menyaksikan rekod pertandingan. Seramai 15 calon menawarkan diri untuk bertanding, termausk daripada BN dan PKR.

PRK Bukit Selambau juga telah menyaksikan rekod pertandingan apabila seramai 15 calon telah menawarkan diri untuk bertanding terdiri daripada seorang calon BN dan PKR manakala 13 orang adalah calon bebas.

PRK tidak berhenti di situ sebaliknya menjalar lagi di kubu kuat Anwar Ibrahim apabila  wakil rakyat N.12 Penanti, Pulau Pinang,  Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan pada 19 Mac 2009 yang mengakibatkan wujudnya PRK pada 31 Mei.

Dalam PRK ini BN tidak meletakkan sebarang calon sebaliknya PKR ditentang oleh tiga orang calon bebas. Dr Mansor Othman yang diletakkan sebagai calon PKR menang dengan majoriti 5,558.

Menyusul selepas itu, satu lagi PRK diadakan di N.14 Manek Urai apabila penyandangnya Ismail Yaacob meninggal dunia 22 Mei 2009 dan SPR menentapkan hari pengundian pada 14 Julai 2009. Pad PRK tersebut, calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah ditentang sengit oleh calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat yang hanya kalah dengan majoriti 65 undi.

Sejurus PRK Manik Urai, wakil rakyat N.11 Permatang Pasir iaitu Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pula meninggal dunia pada 31 Julai 2009 dan di kawasan tersebut  PRK diadakan 25 Ogos 2009, manakala N.31 Bagan Pinang Azman bin Mohammad Noor turut meninggal dunia 4 September 2009, manakala  PRK pada 11 Oktober 2009, dan di Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal pada 25 Mac 2010 dan PRK 25 April 2010.

Untuk ketiga-tiga kawasan tersebut, Permatang Pasir dimenangi oleh calon Pas, Mohd Salleh Man dengan majoriti 4,551, di Bagan Pinang, BN yang meletakkan bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad menang dengan majoriti berganda iaitu 5,435 undi dan di Parlimen Hulu Selangor, BN menerusi P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan merampas kawasan berkenaan daripada PKR dengan majoriti 1,725 undi.

PRK juga turut diadakan di P.212 Sibu berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April 2010 (PRK 16 Mei 2010), diikuti PRK N.45 Galas, Kelantan apabila wakil rakyatnya Chek Hashim Sulaima meninggal dunia pada 27 September 2010. PRK Galas berlangsung serentak pada 4 November 2010 dengan PRK P.185 Batu Sapi, Sabah berikutan kematian penyandangnya Datuk Ir. Chong Ket Wah yang terlibat dalam nahas jalan raya pada 9 Oktober 2010.

Pada PRK Sibu, DAP mendapat tentangan sengit daripada BN dan mereka menerusi Wong Ho Leng menang dengan majoriti kecil iaitu 398 undi, manakala di DUN Galas, Ab Aziz Yusof yang mewakili BN merampas kerusi tersbeut daripada Pas dan menang dengan majoriti 1,190 dan pada PRK batu Sapi, BN mengekalkan kerusi tersebut menerusi Tsen Thau Lin dengan majoriti 6,359 undi.

Dan di DUN N.05 Tenang, Johor, BN terus mengekalkan rentak kecemerlangan di negeri itu apabila berjaya mempertahankan kawasan tersebut dengan majoriti 3,707 undi menerusi calon Mohd Azahar Ibrahim. PRK DUN Tenang diadakan setelah berlaku kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Secara keseluruhan, daripada 6 PRK Parlimen, BN memenangi dua kawasan iaitu Parlimen Batu Sapi dan Hulu Selangor manakala parti pembangkang pula memenagi 4 iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Pas di Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, manakala DAP di Parlimen  Sibu.

Untuk kerusi DUN, daripada 8 PRK, BN dan pembangkang sama rata iaitu BN 4 kerusi, dan pembangkang 4 kerusi. Tentunya PRK Merlimau dan Kerdau bakal menjadi ukuran kepada BN dan pembangkang untuk melihat sokongan rakyat terhadap mereka.

Satu persoalan yang menarik berdasarkan keputusan di atas, pemimpin pembangkang tidak pula melalak mengatakan padang tinggi sebelah atau demokrasi tidak telus dan sebagainya di kawasan yang mereka menangi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 26 Februari dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, daripada Barisan Nasional pada 20 Januari lepas.

Bagi kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63 akibat serangan jantung pada Sabtu lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan berkenaan. Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: