Sudahlah Dengan PRK, Kerdau Terakhir?

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau barangkali adalah yang terakhir dalam siri PRK apabila15 daripadanya berlangsung selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 8 Mac 2008 lalu.

Mengikut undang-undang pilihan raya sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa PRK tidak perlu diadakan ketika mandat semasa hanya tinggal dua tahun dari tarikh persidangan pertama Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

 

Dilaporkan sidang pertama Dewan Rakyat adalah 28 April 2008 yang bermakna PRK masih boleh dilaksanakan sehingga 27 April ini, jika berlaku kekosongan.

Namun demikian, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri adalah berbeza-beza mengikut negeri masing-masing kerana ia bergantung kepada tarikh persidangan pertama DUN terbabit.

Dalam hal ini, contohnya dapat dilihat menerusi tarikh persidangan DUN Selangor pertama selepas PRU 2008 ialah pada 22 Mei sementara Pulau Pinang pula adalah pada 21 Julai 2008.

Justeru, tidak ada sebarang PRK akan diadakan selepas tarikh berkenaan kecuali terdapat keperluan khusus bagi hal-hal terbabit.

Sejak PRU 2008 lalu, sebanyak 15 PRK telah berlangsung yang mana daripada 16 pilihan raya kecil, 13 kekosongan adalah disebabkan kematian iaitu Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang dan Merlimau serta minggu lalu, wakil rakyat Kerdau.

PRK Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti dibuat ekoran wakil rakyatnya yang kesemuanya dari PKR, meletakkan jawatan – MediaUMNO

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: