Tok Batin Orang Asli Kerdau Hargai Jasa BN

TEMERLOH, 16 Feb – Penduduk Orang Asli di Kampung Paya Sendayan Kerdau berharap wakil rakyat yang bakal menggantikan Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau, akan terus memperjuangkan nasib kaum minoriti itu.

Batin Orang Asli kampung Paya Sendayan Kerdau Abdul Rashid Ali berkata lebih 1,000 penduduk Orang Asli di kampung berkenaan, satu-satunya perkampungan Orang Asli di kawasan DUN Kerdau, amat mengharapkan seorang wakil rakyat yang dapat memberi pembelaan serta perhatian kepada masa depan mereka.

 

“Bagi penduduk Orang Asi di sini, kami tidak mempersoalkan siapa bakal calon yang akan bertanding nanti, apa yang penting masyarakat kami diberi pembelaan,” katanya di sini, hari ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian Zaharuddin Sabtu lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya bagaimanapun belum memutuskan tarikh pilihan raya kecil di kawasan itu.

Abdul Rashid berkata perkampungan Orang Asli itu telah banyak mengalami perubahan sejak 15 tahun lepas.

“Kerajaan Barisan Nasional telah membina 15 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), balai raya dan tabika serta menyediakan bekalan elektrik, kemudahan air paip dan jalan bertar,” katanya.

Beliau berkata sebagai wakil rakyat kawasan itu, Zaharuddin amat mesra dengan penduduk Orang Asli dan telah banyak menangani permasalahan Orang Asli di kawasan itu.

“Orang Asli kini sudah boleh menilai antara kaca dan intan dan saya percaya pengundi di kalangan kaum Orang Asli akan bijak memilih wakil rakyat mereka kelak,” katanya.

Beliau berkata mengikut daftar pemilih SPR pada pilihan raya umum 2008, terdapat 298 pengundi Orang Asli di kawasan itu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: