MB Pahang Dilantik Pengarah PRK BN Kerdau

BETONG, (SARAWAK) 18 Feb – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Pahang kawasan Kerdau.

 

“Saya yakin beliau berkemampuan dan banyak pengalaman,” kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan tengah hari di Masjid Darul Solihin Kampung Bungey di Debak sini hari ini.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan pelantikan itu yang berkuat kuasa serta merta.

Kerusi Kerdau kosong berikutan kematian penyadangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada barisan Nasional akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu pada Ahad ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: