BN Akan Gempur DUN Kerdau

JASIN 20 Feb. – Jentera Barisan Nasional (BN) akan mula digerakkan secara besar-besaran mulai esok bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang pada 6 Mac ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jentera angkat di peringkat bahagian juga akan digembleng di Kerdau memandangkan tempoh yang singkat sebelum penamaan calon pada 26 Februari.

“Persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau telah dibuat dan ia akan digerakkan mulai esok secara besar-besaran,” katanya.

Beliau ditemui selepas sesi taklimat khas dan kursus jentera Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Ahmad berkata, pihaknya akan mengagih-agihkan ceramah melibatkan Naib Presiden UMNO, Ahli Majlis Tertinggi (MT), menteri dan timbalan menteri di DUN Kerdau dan Merlimau selepas penamaan calon pada 26 Februari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tumpuan jentera kini di Kerdau memandangkan persiapan di Merlimau berjalan lancar.

“Saya sudah lima kali turun ke Merlimau dan berjumpa semua jentera di tujuh peti undi, keseluruhannya berjalan rapi dan menunggu penamaan calon 26 Februari ini,” katanya.

Di Kerdau pula katanya, strategi jentera adalah sama seperti yang digerakkan di Merlimau.

Mengenai pilihan raya kecil serentak di kedua-dua DUN, Ahmad berkata, ia tidak memberi sebarang masalah atau menimbulkan bebanan kepada jentera BN.

“BN tiada masalah seperti mana ketika pilihan raya kecil serentak melibatkan DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai, begitu juga di Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas,” ujarnya.

Baginya, pilihan raya serentak itu sebenarnya tidak memberi kelebihan kepada mana-mana pihak yang bertanding.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: