Sia-sia Sahaja Anwar Buruk-Burukkan Malaysia Di Amerika

KUALA KRAU 20 Feb. – Usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) ternyata sia-sia berikutan penjelasan berterusan yang disampaikan oleh kerajaan tentang keadaan sebenar di negara ini.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Jamaludin Mohd. Jarjis berkata, langkah yang dilakukan oleh ketua pembangkang itu dilihat tidak berjaya kerana kalangan pemimpin di AS telah mengetahui iklim politik Malaysia ketika ini.

“Mereka sudah semakin memahami dan mengetahui iklim politik Malaysia sebenar berbanding sebelum ini kerana masing-masing mendapat maklumat yang salah.

“Sehubungan itu, usaha lebih gigih bagi melaporkan keadaan sebenar di Malaysia akan diteruskan di samping menjalin hubungan lebih erat dengan pemimpin negara kuasa besar itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan mesra dengan masyarakat peneroka Felda Jengka 23 di sini hari ini.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, persepsi kalangan pemimpin AS terhadap Malaysia turut berubah apabila mengakui Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh dan terbaik di dunia.

“Ia berdasarkan tiga kategori lengkap dicapai oleh Malaysia iaitu sebuah negara demokrasi, kerajaan kuat dan stabil serta mempunyai kekuatan ekonomi.

“Kita patut berbangga kerana Amerika mengakui Malaysia sebuah negara Islam contoh yang diketuai seorang Perdana Menteri yang mempunyai karisma dalam mentadbir negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, hubungan antara Malaysia dengan AS dilihat semakin positif dan memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Katanya, perkara itu dibuktikan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat layanan mesra daripada Presidan AS, Barack Obama ketika menghadiri Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear ke negara itu baru-baru ini.

Tambahnya, Perdana Menteri juga dijemput dan dipilih oleh Presiden AS itu daripada 46 pemimpin dunia dalam mengadakan pertemuan empat mata bagi membincangkan isu global.

“Pertemuan kedua-dua pemimpin tersebut membuka satu lembaran baru dalam kerjasama pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Najib juga telah mempelawa Obama melawat Malaysia bagi melihat sendiri kemajuan yang berlaku di negara ini.

“Saya sendiri selaku Duta Malaysia dalam pertemuan dengan Obama pada minggu lalu turut mengambil kesempatan mengingatkan Presiden itu tentang tawaran lawatan tersebut,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: