MCA Giat Dekati Pengundi Cina Di Kerdau

KUANTAN, 21 Feb – MCA Pahang mengambil pendekatan baru dalam mendekati pengundi-pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan melaksanakan konsep 1Bahagian 10Rumah.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata konsep baru itu dilihat boleh meningkatkan lagi interaksi antara jentera parti dengan pengundi sekaligus dapat menyelesaikan sebarang isu yang dihadapi mereka.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Pahang berkata pendekatan itu diwujudkan memandangkan pengundi daripada kaum Cina di Kerdau hanya terdapat di sebuah kampung sahaja iaitu di Kampung Baru Kerdau dengan jumlah rumah sebanyak 100 buah dengan pengundi berdaftar seramai 455 orang.

“Satu bahagian MCA di Pahang ini akan jaga 10 buah rumah di bawah mereka dan itu terpulang kepada kreativiti bahagian itu sendiri bagaimana cara untuk mereka mendekati pengundi supaya kempen lebih sistematik dan melalui cara itu kita boleh selesaikan masalah yang dihadapi penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan MCA Pahang di sini, Ahad.

Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata walaupun kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu, namun itu bukan bermakna pihaknya tidak perlu bekerja keras pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau 6 Mac depan.

“Walaupun Barisan Nasional memenangi saluran di Kampung Baru Kerdau pada pilihan raya lalu, MCA tetap berusaha meningkatkan sokongan rakyat terutama pengundi Cina.

“Pengundi Cina Kerdau mahukan pembangunan di tempat mereka seperti jalan kampung, penambahan lampu jalan serta bantuan untuk sekolah Cina, jadi kita akan teliti semua perkara itu dan bantuan segera akan diberikan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kerdau diadakan serentak dengan PRK Merlimau pada 6 Mac, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Pilihanraya itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, pada 12 Feb lepas akibat serangan jantung.

Zaharuddin menewaskan calon Pas, Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 pada pilihan raya umum lepas.

DUN Kerdau mempunyai 8,721 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu 88.36 peratus atau 7,706 orang adalah pengundi Melayu, 3.6 peratus atau 455 pengundi Cina, 3.4 peratus atau 300 pemilih India dan 2.98 peratus atau 260 orang daripada lain-lain kaum.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: