Calon BN Kerdau Janji Beri Perkhidmatan Yang Terbaik

TEMERLOH, 22 Feb — “Saya berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dan bekerja kuat untuk membela nasib rakyat Kerdau,” itulah janji Syed Ibrahim Syed Ahmad sebaik dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

 

Syed Ibrahim, 44, berkata pencalonan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit di sini hari ini merupakan satu amanat dan tanggungjawab besar yang harus digalas beliau sebaik mungkin.

 

Sambil mengucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memilihnya, anak kelahiran Kampung Kuala Tekal, Temerloh itu berkata peluang itu tidak akan disia-siakannya.

 

“Saya dengan rendah hati menerima pencolanan itu dan saya akan memastikan nasib rakyat akan dibela,” katanya kepada pemberita.

 

Beliau berkata walaupun pencalonan itu hanya sekadar mewakili parti, namun pemilihan sebenar hanya akan ditentukan rakyat ketika pilihan raya kecil (PRK) DUN Kerdau itu pada 6 Mac depan nanti.

 

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas.

 

Berikutan kekosongan kerusi itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 26 Feb sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 6 Mac.

 

Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Krau dan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan.

 

Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari tahun 1989 hingga 1996.

 

Syed Ibrahim pernah berkhidmat sebagai pembantu pegawai Yayasan Pahang di Kaherah, Mesir ketika melanjutkan pelajarannya di sana dan sekembalinya ke tanah air beliau bergelar guru Bahasa Arab dan Agama di Sekolah Menengah Agama Darul Naim di sini pada tahun 1997 hingga 2000.

 

Pada November hingga Disember 2000, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Jerantut dan bertugas sebagai pegawai khas kepada Menteri Besar Pahang bermula 2000 hingga kini.

 

Beliau berkahwin dengan seorang guru agama, Sharifah Farunai Syed Ahmad, 45, dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu As Sayed Muhammad Al-Baqir, 15, As-Syarifah Balqis, 13, dan As Syarifah Sehah, 9.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: