Calon BN Kerdau Pilihan Tepat Untuk Masyarakat Kerdau

Temerloh, 23 Feb- Pemilihan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, 6 Mac ini merupakan satu pilihan yang tepat dan paling sesuai, malah beliau juga mempunyai perwatakan yang disegani masyarakat selain mampu berkhidmat kepada masyarakat khususnya di DUN Kerdau ini, ujar Norhasmimi Binti Abdul Ghani, Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuala Krau.

“Hari ini, pucuk kepimpinan parti telah menamakan calon kita, calon yang mempunyai kewibawaan dan kesungguhan untuk kita bawa sepanjang berkempen bagi memastikan kerusi DUN Kerdau terus kekal bersama BN.

Sehubungan dengan itu, Puteri UMNO Bahagian Kerdau akan mula mengerakkan jentera Puteri bagi mendekati masyarakat khususnya wanita muda dalam usaha untuk memastikan kemenangan besar BN pada 6 Mac ini,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas majlis pengumuman calon BN Kerdau di Bilik Gerakan BN.

Puteri UMNO telah merangka program-program yang boleh mendekati masyarakat khususnya wanita muda. Antara program yang diyakini boleh memberikan kesan kepada golongan sasar ini ialah program sukaneka, kelas-kelas kecantikan, ziarah rumah ke rumah serta program kesihatan.

“Saya amat yakin, dengan gerakkerja dan kerjasama kita semua, BN mampu mencapai kemenangan selesa 6 Mac nanti. Kami yakin dan tidak ada syak serta ragu-ragu dengan kebolehan serta kewibawaan yang ada pada Saudara Syed Ibrahim sebagai calon BN. Kami juga percaya, jika kepercayaan yang diberikan oleh pengundi kelak, beliau boleh melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

“Lagi pun beliau bukanlah asing bagi kami kerana adalah Naib Ketua UMNO bahagian. Jadi tidak ada masalah bagi saya dengan keputusan pucuk pimpinan memilih beliau sebagai calon BN. Justeru tegas beliau, Puteri UMNO bahagian akan bekerjasama rapat dengan semua jentera BN bagi memastikan calon BN akan menang pada hari pengundian nanti,” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: