Pembangkang Sukar Tembus Kubu Kuat BN Di Tiga Felda Di Kerdau

KUALA KRAU 22 Feb – Barisan Nasional (BN) yakin sokongan padu yang ditunjukkan pengundi di Felda pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang baru lalu akan sekali lagi diterjemahkan oleh pengundi di tiga rancangan Felda di DUN Kerdau.

Walaupun pembangkang begitu ghairah menyerang dan menabur pelbagai fitnah di kawasan terbabit pada pilihanraya kecil DUN Tenang namun ia sedikit pun tidak menguggat keyakinan peneroka Felda untuk terus memberi sokongan padu kepada BN.

Atas faktor itulah Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan percaya pengundi di tiga rancangan Felda di DUN Kerdau akan sekali lagi memberi sokongan padu kepada calon BN pada PRK DUN tersebut 6 Mac ini.

“Felda merupakan salah satu kubu kuat BN sejak dari dahulu lagi. Kita melihat pada PRK DUN Tenang baru-baru ini, BN menang di semua tanah rancangan Felda di situ.

“Ia menunjukkan peneroka Felda amat menyokong kerajaan kerana banyak usaha dilakukan bagi membantu mereka selama ini,” katanya.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yakin peneroka Felda sentiasa bersyukur dan akan menyokong sepenuhnya aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tambahnya, terdapat tiga tanah rancangan Felda di DUN Kerdau iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 yang pengundinya berjumlah 3,011 orang.

Katanya, kawasan itu mewakili tiga peti undi daripada keseluruhan iaitu sebanyak 13 undi bagi DUN Kerdau.

Sementara itu beliau memberitahu, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta untuk membina gelanggang futsal dan dewan serbaguna di Jengka 22 dan 25.

Katanya, dewan dan gelanggang itu sedang dibina di kawasan Felda terbabit.

“Pembinaan kemudahan itu untuk membolehkan penduduk Felda terutama golongan belia bergiat aktif dalam sukan dan menghindarkan mereka daripada perkara yang negatif,” jelasnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: