Syed Ibrahim Calon Anak Tempatan Yang Terbaik

TEMERLOH 22 Feb – “Inilah calon yang terbaik, calon yang diterima semua, calon ini banyak pengalaman dan calon yang disebut `the most winnable candidate’,”   katan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Menurutnya, calon yang dipilih bukan sahaja untuk memastikan kemenangan tetapi mampu memberi kejayaan yang cemerlang dan sudah pun melalui proses saringan dalam menentukan beliau sebagai calon yang terbaik.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Kerdau yang akan berlangsung 6 Mac depan.

Beliau yakin pengundi BN di Dun Kerdau akan menerima baik calon yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mampu memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding pilihan raya umum 2008.

“Saya yakin dengan Pengarah BN kali ini, Datuk Seri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) dapat melakukan tugas yang baik dan tidak akan timbul sebarang masalah dan dapat menyatukan semua petugas dalam memastikan kejayaan kita.

“Saya mengingatkan kepada semua pertugas supaya tidak merasa `over confident’ dan terlalu yakin walaupun jumlah ahli UMNO yang layak mengundi dianggarkan kira-kira 54 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Kerdau,” katanya.

PRK DUN Kerdau bakal diadakan pada 6 Mac nanti berikutan kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang menjadi wakil rakyat kawasan berkenaan pada pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya itu, Zaharuddin menewaskan calon Pas Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Bagi PRK DUN Kerdau, jumlah pengundi yang layak untuk mengundi 9,080 pengundi termasuk 15 pengundi pos.

Kira lapan puluh lapan peratus pengundinya berbangsa Melayu, lima peratus pengundi Cina, tiga peratus pengundi India dan dua peratus pengundi pelbagai kaum. –MediaUMNO

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: