PAS Fitnah: Calon BN Tiada Sijil Al-Azhar

TEMERLOH 23 Feb – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menafikan dakwaan Pas bahawa calon Barisan Nasional (BN), Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad tidak memiliki ijazah daripada Universiti Al Azhar.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh Pas membuktikan mereka kekeringan isu dan idea dan terpaksa menabur fitnah dalam usaha mereka untuk memburuk-burukkan calon BN.

“Kalau mereka tak percaya dengan ijazah Tuan Syed Ibrahim dan sijil itu sijil tipu, saya cadangkan mereka buat laporan polis untuk menyiasat sijil yang dimiliki Tuan Syed Ibrahim.

“Untuk pengetahuan, Tuan Syed Ibrahim mempunyai sijil dalam bidang Bahasa Arab dari Universiti Al Azhar, siapa nak tengok boleh tengok, dan saya sendiri sudah berjumpa dengan dia dan melihat sijil yang dimilikinya,” katanya selepas Majlis Penyampaian Biasiswa Yayasan Pahang kepada pelajar-pelajar sekolah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan pihak pembangkang yang menuduh calon BN, Tuan Syed Ibrahim tidak mempunyai ijazah seperti yang dilaporkan dan ijazah yang dimiliki itu adalah ijazah palsu.

Menurut, sudah menjadi kebiasaan kepada pihak pembangkang pada setiap kali pilihan raya yang akan membuat pelbagai tohmahan atau fitnah bagi mengelirukan pengundi dan rakyat.

Sementara berhubung mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Adnan berkata BN sememang berkeyakinan akan memenangi pilihan raya yang bakal diadakan nanti bagaimanapun gerak kerja tetap dilakukan seperti biasa.

“Dalam setiap peperangan kita perlu yakin, ini bukan peperangan menggunakan senjata tetapi ini peperangan politik, kalau kita tidak yakin, kita tidak perlu masuk berperang.

“BN tetap akan menjalankan kerja seperti biasa, dan saya tahu rakyat Kerdau semuanya bijak, mereka tahu siapa yang mereka nak pilih untuk memperjuangkan nasib mereka,” katanya.

Adnan berkata keyakinan itu bukannya membuktikan BN sudah merasa selesa pada PRK DUN Kerdau, sebaliknya menguatkan lagi semangat untuk petugas-petugas menjalankan tugas bagi memastikan BN mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada pilihan raya umum 2008. –MediaUMNO.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: