Orang Muda Tolak Politik Bermusim Pembangkang

TEMERLOH  23 Feb – Pembangkang dilihat akan terus memainkan isu lapuk berhubung Felda menjelangnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau 6 Feb ini dengan sasaran utama mereka adalah kumpulan generasi kedua dan ketiga .

Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim berkata isu-isu lapuk akan terus menjadi bahan mainan pembangkang dalam usaha mencari simpati pengundi terhadap mereka.

Justeru beliau menyarankan generasi kedua dan ketiga termasuklah warga belia seluruh DUN Kerdau menolak pembangkang yang sudah pasti akan menabur pelbagai dakyah bagi mengelirukan golongan berkenaan.

“Kita jangka isu-isu lapuk Felda akan dibangkitkan….jadi kepada penduduk di kawasan Felda di sini, mereka kena kenang bagaimana Felda berjaya membantu mereka.

“Isu yang digunakan adalah untuk menarik generasi kedua dan ketiga dan saya harap para belia terutama kepimpinan belia dapat menyedarkan dua perkara, pertama isu ini sengaja diada-adakan kerana pembangkang akan ambil kesempatan seolah-olah pembahagian tidak adil.

“Tetapi mereka kena ingat di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kerajaan telah menangani masalah generasi kedua serta ketiga dan saya harap perkara ini khususnya pilihan  raya ini lebih besar  daripada isu yang sedang dibangkitkan,” katanya.

Tambah beliau lagi, anak muda  di DUN Kerdau perlu membuktikan bahawa mereka bersama BN atas dua alasan iaitu pertama menafikan dakwaaan Pas serta pembangkang bahawa orang Melayu menolak UMNO.

“Keduanya menolak pembohongan yang dilakukan sejak kebelakangan ini termasuk Nik Aziz serta kepimpinan Pas yang lain malahan kepimpinan PKR yang terang-terangan menolak ketuanan Melayu sudah mula bermain isu Melayu.

“Ini pada saya pembohongan besar dan  UMNO serta BN tidak pernah lari daripada tugas dan tanggungjawab kerana kita tahu masyarakatnya bercampur tetapi pembangkang akan bermain mengikut suasana.

“Apabila berlaku pilihan raya di majoriti bercampur, mereka menolak ketuananan Melayu, hak orang Melayu tetapi bila majoritinya Melayu, mereka kembali bermain seolah-olah mereka pejuang kepada orang Melayu yang mana pembohongan ini  pada saya tidak boleh dibiarkan,” katanya. -MediaUMNO

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: