Syed Ibra Gusarkan Pihak Lawan

KUALA KRAU 23 Feb – Keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memilih tokoh agama yang juga  Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad merupakan satu langkah yang tepat dalam usaha memastikan BN terus mengekalkan kemenangan dengan majhoriti yang besar pada pilihan raya kecil dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau 6 Mac ini.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Krau, Rodzuan Zaaba berkata Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai ‘Syed Ibra’ di kalangan penduduk tempatan bukanlah nama asing di Kerdau dan atas dasar itulah pihaknya yakin BN akan mendapat tempat dihati pengundi pada hari pembuangan undi nanti.

Menurut beliau keputusan berkenaan menunjukkan BN sama sekali tidak meminggirkan mereka yang berlatarbelakangkan agama sebaliknya memberi  peluang dan ruang untuk mereka berkhidmat  kepada rakyat  di bawah payung BN.

“Pemuda Kuala Krau menyokong penuh pemilihan tersebut dan akan bergerak dengan lebih agresif selepas ini dalam usaha memastikan kemenangan calon BN nanti. Kita berpegang kepada prinsip parti iaitu siapa pun calon BN, kita akan memberikan sokongan padu.

“Tambahan pula, kelayakan serta kewibawaan yang ada pada ‘Syed Ibra’ menjadi tarikan kepada semua golongan termasuk muda dan dewasa. Kita percaya ilmu pengetahuan agama yang tinggi menyebabkan Pas mula cuak dan tercari-cari calon yang sesuai untuk DUN Kerdau ini,” katanya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad diumumkan sebagai calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini semalam.

Syed Ibrahim, 44, yang lebih dikenali sebagai ‘Syed Ibra’ di kalangan penduduk tempatan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim sakit.

Syed Ibrahim telah dilantik sebagai wakil kepada wakil rakyat Kerdau oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob ketika Zaharuddin sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh dan Institut Jantung Negara pada Mei dan November tahun lepas.

Rodzuan seterusnya memberikan amaran kepada pihak-pihak luar agar jangan menimbulkan fitnah dan dakyah kononnya berlaku perebutran dan sebagainya dalam soal pemilihan calon BN di DUN berkenaan.

“Jangan sesekali cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan kami dengan menyebarkan pelbagai fitnah dan dakyah kerana keputusan yang diambil adalah secara bersama dan pendirian yang kita tetapkan adalah berasaskan kepada keikhlasan untuk berkhidmat kepada parti,” katanya.

Syed Ibrahim, merupakan anak kelahiran tempatan, yang lahir di Kampung Kuala Tekal pada tanggal 18 Januari 1967.

Lulusan Universiti Al-Azhar (Fakulti Bahasa Arab), Syed Ibrahim, yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau merupakan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang sejak 2001. -MediaUMNO

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: