Empat Pemimpin UMNO Kuala Krau Tidak Kecewa

TEMERLOH 23 Feb. – Empat pemimpin UMNO Bahagian Kuala Krau termasuk seorang bekas wakil rakyat yang tidak terpilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah-bahagi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Mereka yang sebelum ini disenaraikan sebagai calon ialah Setiausaha UMNO bahagian, Abdul Razak Ahmad; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Rodzuan Zaaba dan Ketua Wanita UMNO bahagian, Norehan Abu Bakar dan bekas ADUN Kerdau, Datuk Redzuan Harun.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Naib Ketua UMNO bahagian itu, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dipilih sebagai calon BN pada satu majlis di Dataran Seri Ketumbit, Kerdau dekat sini.

Abdul Razak ketika ditemui berkata, beliau tidak kecewa walaupun tidak terpilih sebaliknya akan bekerja keras bersama-sama jentera parti untuk memastikan calon BN menang dengan majoriti lebih besar.

“Soal siapa menjadi calon tidak penting tetapi yang perlu diberikan keutamaan ialah memastikan kemenangan BN untuk mempertahankan kerusi DUN Kerdau.

“Kawasan Kerdau perlu dipertahankan kerana majoritinya iaitu 86.9 peratus terdiri daripada pengundi Melayu dan DUN ini merupakan kubu kuat BN sejak sekian lama. Kerajaan telah banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat di sini,” jelasnya.

Menurut beliau, jika DUN Kerdau terlepas kepada pembangkang, bermakna perjuangan BN selama ini menjadi sia-sia dan segala usaha yang dicurahkan untuk membangunkan kawasan Kerdau tidak membawa sebarang makna.

Rodzuan pula menyifatkan dirinya sebagai bukan ahli UMNO sejati jika kecewa tidak terpilih menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil itu.

“Saya nekad turun padang bersama ahli-ahli Pemuda UMNO untuk menggerakkan jentera parti bagi memastikan calon BN, Syed Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Syed Ibra menang selesa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: