Pilih Pemimpin Berasaskan Sifat Rasulullah s.a.w.

KUALA KRAU 24 Feb – Para pengundi khususnya golongan muda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau disaran mengambil contoh sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w. dalam memilih wakil rakyat mereka pada 6  Mac ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata empat sifat Rasulullah s.a.w iaitu  Siddiq (Benar), Amanah (jujur), Tabligh (menyampaikan) dan Fatonah (Kebijaksaan) perlu dijadikan garis pandun untuk memilih seseorang pemimpin.

Justeru katanya para pengundi boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk membuat pertimbangan terbaik berdasarkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. itu agar pemimpin yang dipilih nanti benar-benar mampu menjaga dan bertanggungjawab terhadap mereka.

“Kalau kita tengok pembangkang hanya tahu menipu, adu domba fitnah dan sebagainya. Apakah sifat-sifat ini yang mahu kita pilih untuk dijadikan sebagai pemimpin kawasan kita.  Saya percaya anak-anak muda cukup bijak dalam soal ini.

“Jangan kita sesekali tersalah pilih pemimpin yang hanya mahu memecahbelahkan para pengundi terutama perpaduan dikalangan anak-anak muda. Marilah kita sama-sama  berjuang atas dasar kebenaran untuk memastikan kemenangan BN pada 6 Mac nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Jentera Pemuda BN dan Aktiviti Kembara Remaja Bermotosikal (AKRAB) peringkat Kuala Krau, di sini, hari ini. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimi Samad dan kepimpinan Pemuda BN yang lain.

Reezal seterusnya membidas parti pembangkang yang hanya retorik dan bukanlah sebuah parti yang bercakap atas dasar kebenaran sebaliknya menjadikan emosi rakyat untuk kepentingan politik mereka.

“Mereka bercakap memang sedap kononnya merekalah mengamalkan demokrasi tulen dan sebagainya, namun jika kita teliti betul-betul, demokrasi yang diungkapkan hanyalah untuk mengaburi mata rakyat.

“Tengok dalam PKR, bapa, isteri, anak berada dalam parti, Begitu juga dalam DAP, Bapa, anak dan sebagainya membarisi kepimpinan parti. Apakah ini yang dikatakan sebagai memperjuangkan demokrasi.

“Justeru kita berharap anak-anak muda dapat melihat perkara ini dengan lebih jelas agar kita tidak teripu dengan gaya mainan politik pembangkang yang cukup licik,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: