Siapa Pun Calon Pas, Pemuda Pahang Layan Tetap Sama

KUALA KRAU 24 Feb – Siapa pun calon Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau ini, kita akan layan sama sahaja dan tidak akan ada keistimewaan tertentu baik dalam soal pergerakan jentera di akar umbi atau sebarang pergerakan lain.

Begitulah kata-kata yang terpancul dari mulut Pengerusi Pemuda BN Pahang, Abu Jimi Samad berhubung desas-desus yang menyebut Pas berkemungkinan akan meletakkan Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Mengulas lebih lanjut, Abu Jimi seterusnya menambah jika Pas meletakkan Tuan Ibrahim tugas BN semestinya menjadi lebih mudah kerana penduduk terutama pengundi lebih tahu dan kenal siapakah yang boleh menjadi mata dan telinga mereka di Kerdau ini.

“Letaklah siapa pun, kita tidak akan memberikan apa-apa “keistimewaan” dan sentiasa melayani mereka sama dengan calon-calon yang lain. Jika mereka meletakkan Ketua Pemuda, Nasaruddin Tantawi pun kita tetap memberikan layanan yang sama.

“Namun dalam apa jua keadaaan, jentera kita diingatkan agar tidak takbur dan riak sebaliknya meningkatkan komitmen dan prestasi gerak kerja dari semasa ke semasa bagi memastikan calon kita, Syed Ibrahim Syed Ahmad mempertahankan kemenangan dengan majoriti yang besar nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas-desus yang berlegar di DUN Kerdau hari ini bahawa Pas berkemungkinan meletakkan Naib Presidennya yang juga Yang DIpertua Pas Kuala Krau sebagai calon untuk menentang BN pada 6 Mac nanti.

Abu Jimi yang juga Ketua Pemuda Lipis seterusnya menambah,Pemuda negeri amat mengalu-alukan kedatangan jentera daripada luar untuk membantu jentera tempatan pada pilihan raya kecil tersebut.

“Dengan kombinasi serta campuran idea dan tenaga yang sedia ada bersama dengan jentera luar, kita percaya satu gerakan bersepadu akan dapat diterjemahkan selepas hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen nanti,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: