Pembangkang Tiada Ruang Main Isu

TEMERLOH 24 Feb – Tidak kira siapa yang bakal dicalonkan oleh Pas, namun Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan DUN Kerdau pada pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

Ketua Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari berkata keyakinan itu kerana tiada isu yang boleh dijadikan modal oleh pembangkang di Kerdau sama ada dari sudut pembangunan mahu pun calon BN, Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Menurutnya, maklum balas yang diterima oleh petugas-petugas BN adalah positif dan semua itu sudah pun dilakukan sejak dari tarikh kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Febuari lalu.

“Seperti kita ketahui, apabila berlakunya kematian seseorang wakil rakyat, pilihan raya kecil akan diadakan, berikutan itu Wanita UMNO sudah pun mengerakkan jenteranya sebagai persediaan menghadapi pilihan raya sejak dari tarikh kematian Allahyarham Datuk Zaharuddin.

“Gerak kerja itu dipertingkatkan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan adanya pilihan raya Kerdau pada 6 Mac nanti, dan semua jentera sudah pun digerakkan bukan sahaja membabitkan wanita bahagian, malah turut dibantu oleh bahagian lain di Pahang,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, program Jalinan Rakyat Wanita UMNO sudah pun melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka dan maklum balas yang diterima amatlah baik..

“Dari perkiraan kasar yang dilakukan, kira-kira separuh daripada pengundi yang layak mengundi di sini adalah ahli UMNO, dan dicampurkan dengan mereka yang bukan ahli UMNO tetapi menyokong kerajaan, BN mampu mempertahankan Kerdau.

“Walaupun daripada apa dilakukan itu menyebelahi BN, namun ia tidak menjadikan kami leka, tetapi memberi kami semangat untuk bekerja keras bagi memastikan kejayaan lebih cemerlang berbanding pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Rosni berkata, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Pengarah Pilihan Raya DUN Kerdau turut mengingatkan semua petugas semua tidak leka dengan keyakinan yang ada sebaliknya meneruskan gerak kerja yang sudah diatur.

Menurutnya, maklum balas yang diterima, sokongan rakyat di Kerdau pada BN adalah tinggi dan tiada permasalahan atau isu besar di Kerdau kerana perkhidmatan wakil rakyat sebelum ini adalah baik.

“Selain itu, kami juga cuba mendapatkan maklumat atau apa sahaja perkara yang masih belum diselesaikan kerana tidak ditunaikan oleh allahyarham sebelum beliau meninggal dunia,”

Rosni berkata, Wanita UMNO menjalankan gerak kerja sama seperti yang dilakukan dalam mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini yang bukan sahaja membabitkan petugas dari Pahang, malah akan turut dibantu Wanita UMNO dari negeri-negeri lain selepas hari penamaan calon nanti. –MediaUMNO.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: