Najib Turun Kerdau Ahad Ini

TEMERLOH, 24 Feb – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat tiga rancangan tanah Felda Jengka di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau Ahad ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Perdana Menteri akan meninjau pembangunan dan permasalahan penduduk di Felda Jengka 22, 23 dan 25 di samping merasmikan beberapa projek kemudahan untuk rakyat.

“Mengikut cadangan jadual, Perdana Menteri akan berada sehari suntuk di tiga rancangan Felda berkenaan bagi meninjau permasalahan penduduk.

“Perdana Menteri juga dijadual merasmikan Dewan Serbaguna dan Dewan Futsal di Felda Jengka 22 dan 25,” katanya kepada semasa berjumpa masyarakat Felda Jengka 23 di sini hari ini.

“Warga Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 sangat bertuah kerana seorang Perdana Menteri, anak kepada pengasas Felda akan turun padang untuk bersama-sama mereka.

“Saya berharap seluruh warga peneroka tanpa mengira fahaman politik turut bersama-sama meraikan kedatangan Perdana Menteri ke sini,” kata Ahmad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: