BN Lawan Pas Di Kerdau

TEMERLOH, 26 Feb – Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau meyaksikan pertandingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.15 pagi, dan dicadang oleh Ibrahim Abdullah dan disokong oleh Chock Keow.

Manakala calon Pas, Hassanuddin Salim, 43, pula menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.10 pagi dan Hassanuddin dicadang oleh Muhammad Suhaimi Md Esa dan disokong oleh Mohd Zukri Mohd Salleh.

Satu bantahan diterima semasa tempoh bantahan proses penamaan calon berkenaan.

Pencalonan untuk kedua-dua calon yang bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Tariff Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, ribuan penyokong BN mengiringi calon BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selain turut disertai, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pimpinan BN yang lain.

Suasana di luar pusat penamaan calon cukup meriah dengan penyokong antara kedua-dua belah saling membalas teriakan dan laungan antara satu sama lain.

Calon Pas diiringi Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang bersama para penyokong yang lain.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN pada 12 Feb lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan majoriti 1,615 undi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh pengundian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: