Masyarakat Kerdau Puas Hati Di Bawah BN

KUALA KRAU, 27 Feb – Masyarakat Kerdau menyatakan mereka tidak mempunyai alasan untuk menolak calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syeh Ahmad kerana parti itu sudah banyak membawa perubahan di kawasan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Malah pemilihan Naib Ketua UMNO bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, untuk mewakili Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Kerdau mendapat reaksi positif.

Dalam tinjauan UMNO-Online, penduduk dan pengundi DUN Kerdau menyatakan sokongan penuh terhadap BN dan calonnya kerana parti itulah yang membawa perubahan dan pembangunan di kawasan mereka.

BN sebenarnya sudahpun sudah banyak membawa kemudahan kepada penduduk di sini, kata seorang penduduk dari Kampung Ketam, Jamilah Abd Rahman, 52.

“Sehingga kini kami amat berpuas hati dengan pembangunan dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan BN di sini. Banyak kemudahan yang disediakan untuk penduduk terutama bagi golongan muda seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, jalan dan sebagainya.

“Walaupun penduduk di Kampung Ketam lebih kurang 300 orang sahaja namun kami tidak pernah diabaikan,” katanya ketika ditemui pada satu majlis di sini.

Seorang lagi penduduk Irul Shahril Abd Hamid, 32 berkata, kerajaan BN bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada penduduk di sini tetapi juga turut mengambil berat masalah penduduk.

“Di kawasan Kerdau ini masalah miskin tegar bukanlah masalah utama kerana kebanyakan penduduk di sini mempunyai pendapatan sendiri dengan hasil pertanian seperti getah yang kini umum kita tahu peningkatan harga getah yang agak tinggi.

“Dari segi penempatan kebanyak penduduk yang merupakan generasi pertama sudah memiliki rumah sendiri cuma apa yang diharapkan generasi kedua dan ketiga dapat dipercepatkan,” katanya yang menetap di Kampung Kerdau.

Seorang lagi penduduk, Hasnah Hashim, 41, juga menyatakan sepanjang pemerintahan BN di kawasan ini penduduk dapat mengecapi banyak kemudahan yang disediakan untuk mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: