‘Buku Jingga’ Janji Manis Pembangkang

TEMERLOH, 1 Mac – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bimbang dengan “Buku Jingga” yang diperkenalkan pihak pembangkang dalam usaha mereka memancing undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata apa yang penting rakyat diberikan penjelasan tentang janji-janji manis yang tidak rasional dalam kertas dasar buku berkenaan yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Tak ada masalah (buku berkenaan)…nanti sampai satu peringkat bila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan saya buat nanti (melawat ke negeri-negeri), kita akan ulas satu persatu supaya jangan ada pihak yang terpedaya dengan tarikan besar kononnya ditawarkan oleh pakatan (pembangkang),” katanya.

Pakatan pembangkang tidak pernah rasional dalam membuat dasar-dasar termasuk dasar dalam buku berkenaan yang ternyata bakal memberi implikasi buruk kepada negara, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penjumpaan dengan warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau, di sini, hari ini.

Mengikut buku berkenaan, program-program pembangunan akan dilaksanakan secara menyeluruh, antara kerangka asas yang dikatakan sebagai teras ‘dasar bersama’ ialah memacu ekonomi berprestasi tinggi; keadilan sosial dan hubungan persekutuan-negeri yang adil.

Muhyiddin berkata mengikut penganalisis, negara akan menjadi bangkrap jika melaksanakan apa yang digariskan buku jingga berkenaan.

“(Mengikut buku berkenaan, pembangkang akan menggunakan) Sumber Petronas dan sebagainya, menggunakan institusi “golden boost”, dia nak punahkan, mereka buat tawaran kepada rakyat, nampak mudah tapi implikasinya besar (kepada ekonomi negara).

“Mereka buat tawaran itu kerana tidak fikir jangka panjang, kita harapkan rakyat tidak terpedaya dengan tawaran itu,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: