Masa Depan Semua Kaum Termasuk Kaum India Terjamin – Muhyiddin

TEMERLOH, 1 Mac – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata masa depan kaum India seperti kaum-kaum lain, hanya boleh dijamin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Berucap pada majlis mesra rakyat di Ladang Bee Yong, Kerdau di sini, beliau berkata hanya melalui BN sahaja, satu-satunya parti yang telah lama berjuang membela nasib rakyat bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada mereka.

“Kita tak mahu ada kelompok masyarakat yang dikatakan minoriti seolah-olah mereka ini diabaikan. Saya juga ada perasaan, sebagai pemimpin negara saya ada perasaan.

“Saya mahu lihat kalau boleh setiap kelompok masyarakat kita Cina, Melayu, India dapat hidup bersama-sama dalam keadaan baik dan sempurna. Sebab itu kalau ada isu dan masalah daripada kaum India, ini tak boleh kita (kerajaan) biarkan.

“Walaupun mungkin tuan-tuan kata bila pilihan raya baru nak selesaikan, (sebenarnya) kita usahakan setiap masa. Kita tahu di mana-mana ada kelompok masyarakat India atau sesiapa sahaja, kita akan usahakan supaya masalah itu dapat kita atasi,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kesihatan yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.

Dalam majlis yang sama, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan peruntukan RM100,000 bagi menaiktaraf dan menyediakan kelengkapan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Bee Yong.

Pengumuman itu dibuat selepas beliau dimaklumkan mengenai kekurangan kelengkapan pembelajaran di sekolah tersebut.

“Devamany sebut tentang sekolah yang dikatakan dalam keadaan yang daif, tak selesa, tak ada lampu, tak ada meja, kerusi, tapi dia tak beritahu saya berapa peruntukan yang dia perlukan.

“Jadi untuk tujuan kelengkapan pembelajaran disediakan di peringkat awal, saya bagi dulu RM100,000 boleh digunakan untuk menambahbaik kerana saya tak mahu lihat pelajar-pelajar kita duduk di atas lantai, guru duduk atas lantai seolah-olah kita ini berada dalam negara yang paling miskin. Ini tak betul,”
katanya.

Beliau berkata dalam hal pelajaran, kerajaan cukup prihatin dan mahu supaya pelajar-pelajar mendapat keselesaan yang mencukupi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: