Pas Hina Pengundi Di Kerdau, Dakwa Shahrizat

TEMERLOH, 1 Mac – Tindakan PAS yang melabelkan projek pembangunan yang dilaksana kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai rasuah kepada rakyat pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau disifatkan sebagai satu penghinaan kepada minda pengundi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata PAS telah memperlekehkan tahap pemikiran pengundi yang kini sebenarnya telah bijak untuk membuat penilaian.

“Pengundi di Kerdau ini sudah matang, mereka tahu nak bezakan mana fitnah dan mana benar, mereka semua bijaksana tetapi pengundi di sini semuanya mahukan pembangunan.

“Tindakan PAS itu adalah satu penghinaan kepada pengundi kerana mereka rasa seolah-olah pengundi tak boleh berfikir,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama masyarakat Cina dan India di pekan Kerdau dekat sini hari ini.

Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno mengulas mengenai modal kempen PAS di DUN itu terutamanya dalam siri ceramah mereka bahawa BN cuba memancing undi apabila meluluskan banyak projek di kawasan berkenaan. Sikap pembangkang yang suka menabur fitnah sewaktu kempen pada pilihan raya merupakan amalan biasa kerana mereka amat terdesak untuk mendapat sokongan rakyat, katanya.

“Fitnah adalah makanan utama pembangkang, rakyat pun dah tahu dah. Berbeza dengan kerajaan, apa yang kerajaan buat adalah untuk membantu rakyat dan kita (BN) tidak memfitnah pembangkang…itu bukan cara kita,” katanya.

Beliau berkata pembangkang sepatutnya tidak memperlekehkan pemikiran pengundi kerana beliau percaya penduduk di luar bandar masih setia memilih sebuah kerajaan yang mampu membela nasib mereka.

“Rakyat sentiasa fikir mengenai nasib dan masa depan anak-anak mereka, saya percaya mereka akan memberi undi kepada BN,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, pada 12 Feb lepas.

Pilihan raya kecil pada Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan calon PAS, Hassanuddin Salim, 43.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: