Hina Polis Barua, Pas Cuba Rosakkan Fikiran Rakyat

KERDAU, 2 Mac – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Mohd Safri Abdul Aziz menyelar tindakan pembangkang yang sudah mula menyerang anggota-anggota keselamatan dengan menuduh mereka sebagai barua dan anjing-anjing kerajaan.

Menurut beliau, isu tersebut telah disebut oleh Nik Aziz dan Mat Sabu dalam rangka ceramah mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini.

“Perkara ini sengaja ditimbulkan oleh mereka untuk menimbulkan rasa marah dan memberontak dalam jiwa pengundi di DUN Kerdau untuk membenci kerajaan. Saya melihat ini sebagai pemikiran ekstrim yang cuba dibawa ke dalam negara kita.

“Mereka sering mengambil kira revolusi yang berlaku di Iran, Algeria, mesir, Libya dan beberapa buah negara lain. Pemikiran seperti ini bertujuan untuk merosakkan pemikiran rakyat untuk menjadikan negara kita huru hara. Mereka sengaja ingin alihkan isu keselamatan kepada huru hara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam berkata, jika pemikiran ini dibiarkan, bukan sahaja boleh menghancurkan umat Islam tetapi boleh merosakkan negara Islam itu sendiri.

“Saya yakin, bagi pihak kerajaan dan Barisan Nasional (BN, kita akan pastikan pemikiran sebegini tidak akan mendapat tempat dalam masyarakat negara ini.

“Saya nasihatkan pihak pembangkang agar jangan cuba-cuba untuk menimbulkan keadaan huru hara di DUN Kerdau. Saya sendiri ada mendengar khabar angin bahawa pihak pembangkang ingin membuat satu demonstrasi di hari terakhir berkempen.

“Sekiranya ini berlaku, saya yakin tindakan tegas akan diambil malah pihak keselamatan telah bersedia menangani perkara ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: