Isu Bankrap Pas Ibarat Gangguan Nyamuk – Adnan

TEMERLOH 2 Mac –  Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan isu bankrap yang dibangkitkan oleh Pas ibarat gangguan seekor nyamuk yang tidak membawa sebarang kemudaratan tetapi menyebabkan sesorang itu rasa tidak selesa.

“Dia macam nyamuk yang terbang dekat telingga, dia buat kita rasa tak selesa, nak ditampar takut kena telingga, nyamuk tak mati kita yang sakit, nyamuk ini tak bawa masalah hanya sebabkan kita rasa rimas.

“Begitu juga dengan isu bankrap, mereka dah tak ada modal jadi mereka guna isu untuk pengaruhi pengundi, perkara ini sudah lama bukannya perkara baru, bukannya bankrap hanya lebihan belanjawan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Beliau yang juga jentera PRK Kerdau menyatakan pembangkang sudah bankrap modal sebab itu mereka buat pelbagai cerita yang boleh mengelirukan rakyat dan akhirnya membenci kerajaan dan Barisan Nasional.

Beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh pembangkang hanya untuk memperdayakan rakyat dengan membuat pelbagai pembohongan sebagai usaha untuk dapatkan sokongan.

“Mereka yang sudah bankrap, sebab itu dia tuduh kita bankrap, mereka dah tak ada apa nak cakap, selain buat fitnah, mereka buat pembohongan untuk kelirukan rakyat.

“Walau mereka tuduh kita kerajaan bankrap tapi kita ini mampu buat pembangunan untuk rakyat, kita mampu bagi biasiswa kepada pelajar sekolah, malah pelajar sekolah rendah pun kita bagi biasiswa,” katanya.

Menurutnya, teguran Ketua Audit Negara adalah untuk memastikan supaya kerajaan negeri menguruskan perbelanjaan secara berhemah bukan disebabkan oleh lebihan perbelanjaan sehingga menyebabkan Pahang bankrap.

“Sebenarnya Pas sahaja yang membesarkan isu, perkara ini bukannya perkara baru tapi bila tiba pilihan raya ni, mereka jadikan modal supaya rakyat sokong mereka, itulah cara mereka kerana dah tak ada benda lain nak buat.

“Mereka ini bukannya tak tahu, sahaja nak mainkan isu, laporan itu hanya anggaran perbelanjaan atas kertas, memang nak defisit, tapi defisit atas kertas, yang penting kita nak tahu apabila kita tutup akaun pada hujung tahun,” katanya.

Adnan berkata, teguran itu juga sebagai panduan bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan pembangunan serta kebajikan rakyat dapat dilaksana kerana ia menjadi tanggungjawab kepada kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: