Pas Didakwa Guna Logo Istana Pahang Dalam Kempen Di Kerdau

TEMERLOH, 3 Mac – Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said hari ini membuat laporan polis mendakwa PAS menggunakan logo kerajaan negeri dan Istana Pahang serta lambang parti pembangkang lain dalam kempen pada pilihan raya kecil Kerdau.

“Kita kesal PAS menggunakan carta kerajaan negeri dan lambang Istana Pahang pada poster-poster mereka dengan sewenang-wenangnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Kerdau dekat sini.

Ismail berkata hanya dua calon sahaja berhak menggunakan lambang parti mereka pada pilihan raya kecil itu.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS Hassanuddin Salim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: