Pemuda Sedia Hadapi Kempen Saat Akhir

TEMERLOH 3 Mac – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengingatkan jenteranya supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bentuk kempen secara agresif yang akan dilaksanakan pembangkang pada hari-hari terakhir kempen pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau 6 Mac ini.

Menurutnya beliau telah memaklumkan jenteranya agar bersedia menghadapi peningkatan gerak kerja pembangkang yang dipercayai akan menggiatkan kempen mereka dalam tempoh terakhir berkempen ini.

“Saya yakin apa yang telah kita buat ini mencukupi untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana kita juga sudah membuat kajian untuk menghadapi situasi itu.

“Apa yang penting bagi kita (Pemuda) ialah pengundi dapat keluar pada hari mengundi. Saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kerana kalau kita lihat ada peningkatan sokongan daripada pengundi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program membaikpulih rumah salah seorang penduduk di Kampung Lipat kajang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tindakan pembangkang yang membuat tuduhan semborono terhadap BN, Khairy berkata, pembangkang dilihat ketandusan isu hingga sanggup membuat tuduhan yang tidak masuk akal.

“Pembangkang membuat pelbagai tuduhan terhadap kita, tuduh bawa pengundi hantu, jentera petugas hantu dan macam-macam…saya harap pembangkang jangan membuat tuduhan secara semborono.

“Jika tuduhan mereka betul kemukakan bukti jangan buat tuduhan sesuka hati. Kita hendak kendalikan kempen yang sihat dan jangan cuba pengaruhi pengundi dengan pembohongan yang dilihat terdesak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: