Peneroka Sudah Muak Pembohongan Pembangkang

KUALA KRAU, 3 Mac – Peneroka di Gugusan FELDA Jengka muak dengan dakwaan pembangkang yang kononnya mereka kerajaan memperhambakan peneroka Felda dan meminggirkan kebajikan tanpa pembangunan yang sepatutnya di kawasan terbabit.

Dakwaan itu dilihat peneroka tidak berasas sama sekali kerana sejak ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buktinya sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan BN.

Bagi Asri Mat Ali, 53, dakwaan pembangkang itu dianggap hanya alasan untuk meraih undi penduduk dalam menghadapi pilihan raya kecil.

Katanya, sehingga kini telah banyak perubahan yang dibuat oleh BN di kawasan FELDA yang membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan peneroka.

“Kalau mereka (pembangkang) nak kata kami dipinggirkan itu semua hanya alasan dan pembohongan mereka semata kerana kemajuan yang kerajaan di kawasan FELDA ini terlalu banyak.

“Saya di sini sudah lebih 31 tahun. Saya merasai perubahan yang berlaku di kawasan ini. Dulu kami susah tetapi dengan bantuan dan skim yang ditawarkan kerajaan kepada peneroka telah mengubah kehidupan kami,” katanya yang berasal dari Raub.

Asri berkata, peneroka sudah muak dengan dakyah pembangkang yang sengaja ditimbulkan hanya untuk kepentingan sendiri.

Seorang lagi peneroka, Idris Aman, 56 turut mengakui kerajaan sudah banyak membantu masyarakat peneroka dari dulu sehingga kini.

Katanya, kalau hendak dibandingkan sewaktu dia mula-mula menyertai tanah rancangan FELDA ini dengan sekarang sudah banyak pembangunan yang diperoleh oleh peneroka.

“Masa mula-mula masuk dulu susah tetapi bantuan berterusan yang diberikan kerajaan kepada peneroka membuatkan kehidupan peneroka kini lebih senang berbanding dalu.

“Banyak kemudahan seperti air, elektrik dan jalan raya,” katanya yang sudah 31 tahun menetap di Jengka 23.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: