Ummi Hafilda Turun Padang Dedah Rahsia Anwar

TEMERLOH, 3 Mac – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hari ini turun padang dalam pilihan raya kecil Kerdau di mana beliau mahu mendedahkan “rahsia” Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi.

Katanya beliau juga mahu membersihkan nama baiknya yang dicalarkan oleh anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

“Tujuan saya adalah untuk membetulkan persepsi (terhadapnya) yang dicipta oleh Anwar dan geng selama 13 tahun. Jadi saya perlu bersihkan nama baik saya,” katanya pada sidang media di sini.

Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan saksi utama perbicaraan pertama kes sodomi membabitkan Anwar, baru-baru ini mengendalikan sebuah laman blognya yang banyak menulis tentang Anwar.

Beliau menyangkal dakwaan PAS bahawa tindakannya membangkitkan isu Anwar di dalam pilihan raya kecil Kerdau sebagai tidak relevan.

“Bagi saya ia adalah relevan kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang dan masih berceramah di sana sini. Lainlah kalau Anwar dah tak masuk politik,” katanya.

“Saya masih ada perkara nak didedahkan. Kalau dia masih angkuh dengan menuduh saya ini dapat upah, konspirasi dan sebagainya, saya tak keberatan (mendedahkan),” katanya merujuk kepada Anwar yang turun berkempen di sini malam ini.

Ummi Hafilda menyertai satu sesi ceramah di bilik gerakan Kampung Sekoh, Rumpun Makmur.

Sementara itu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga akan mendedahkan “rahsia” Anwar termasuk hubungannya dengan Israel.

“Saya akan turun beri penerangan kepada orang kampung, orang Felda supaya tidak mudah percaya dengan cakap-cakap Anwar,” katanya.

Muhamad Rahimi menolak dakwaan pembangkang kononnya beliau dibeli Umno berhubung tindakannya mendedahkan rahsia dua akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada Jun 2008 mengenai kes liwat Anwar.

Beliau membuat laporan polis Oktober tahun lepas bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah berkenan.

“Soal Umno beli tak timbul, ini lebih kepada soal kesedaran. Dulu saya memang ahli PKR. Umno tak beli, tak payah. Saya sedar selepas saya kerja dengan Anwar, saya tahu apa kerja dia, saya tahu apa kesilapan dia dan saya tahu apa agenda Pakatan Rakyat.

Beliau jgua berkata kehadiran Anwar pada PRK Kerdau adalah petanda bahawa pakatan pembangkang ketinggalan di belakang dan memerlukan “talian hayat”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: