Archive for ‘Eksklusif’

8 March 2011

Kejayaan BN, Kemenangan Untuk PM, Kemenangan Kita Semua – Adnan Yaakob

TEMERLOH 6 Mac – Kejayaan calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berjaya mempertahankan DUN Kerdau membuktikan bahawa rakyat terus menyokong kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kejayaan kali ini adalah lebih baik daripada keputusan pada pilihan raya umum 2008 apabila pengundi DUN Kerdau yang berbilang kaum terus memberikan sokongan pada BN.

 

“Kemenangan hari ini adalah kemenangan semua pengundi Kerdau tanpa mengira kaum untuk Perdana Menteri, terima kasih kepada pengundi yang telah membuat pilihan.

“Sebagai pengarah pilihan raya BN, saya amat menghargai penglibatan semua pihak yang telah membantu kita memenangi pilihan raya ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis pengumunan kemenangan calon BN di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

Syed Ibrahim memperolehi undi sebanyak 5,060 manakala calon Pas, Hassannudin Salim (2336) dengan majoriti 2,724

Menurutnya, dengan kemenangan itu lebih banyak pembangunan akan dapat dilaksanakan di samping meneruskan tugas-tugas yang tertangguh berikutan kematian wakil rakyat sebelum ini, Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

“Syed Ibrahim menyatakan kepada saya untuk memikul tanggungjawab itu kerana masih ada tempat-tempat yang memerlukan perhatian dan pembelaaan daripada kerajaan BN.

“Kemenangan ini akan menguatkan lagi azam serta semangat kita untuk berkhidmat pada semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama yang ada di Kerdau dan di Pahang,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Pas bahawa mereka masih mempunyai sokongan, Adnan berkata perkara itu tidak perlu difikirkan secara terperinci tetapi yang penting majoriti BN meningkat dan itu tandanya rakyat menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

“Pembangkang akan memberi apa sahaja alasan, mana mungkin parti pembangkang boleh mendapat kosong undi atau hilang pertaruhan. Apa yang penting BN berjaya menambah jumlah undi yang diterima..

Menurutnya, dalam pilihan raya ia perlu dilihat secara keseluruhan dan terbukti melalui apa yang dicapai pada PRK kali dan BN terbukti masih mendapat sokongan besar daripada rakyat. – MediaUMNO.

 

5 March 2011

Amaran TPM Kepada Pembangkang, Wajar Dan Tepat

KERDAU, 5 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata, amaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin kepada pihak pembangkang agar jangan bermain api adalah satu yang wajar dan kena pada masa.

Katanya, sikap pembangkang membuat provokasi amat memalukan dan menyebabkan masyarakat berbalah sesama sendiri.

“Peringatan tersebut agar pembangkang jangan menghancur dan membakar negara adalah satu peringatan yang sangat mustahak. Ini kerana ada usaha-usaha dari pihak pembangkang yang ingin jadikan Malaysia sebagai sasaran sepertimana yang berlaku di Timur Tengah.”

Ujarnya, Malaysia tidak sama dengan negara-negara yang sedang bergolak itu kerana kita mengamalkan demokrasi, tiada masalah pengangguran seperti negara mereka dan juga tiada masalah kenaikan harga barang melampau.

“Rakyat harus tahu, kerajaan telah membelanjakan 74 ribu juta ringgit untuk mengawal kenaikan harga barang. Ini semua adalah untuk kepentingan rakyat. Sebenarnya, sikap tidak bertanggungjawab pembangkang mahu menimbulkan keadaan huru hara semata-mata untuk berkuasa.

“Mereka parti fitnah yang menyebabkan negara kacau bilau. Tetapi saya percaya pihak berwajib tidak akan akan membiarkan apa yang dirancang oleh pihak pembangkang menjadi kenyataan.

Beliau turut membidas sikap pembangkang yang sanggup mengupah orang melakukan kerja-kerja kotor mereka mengoyak bendera Barisan Nasional (BN) di sini.

Ini berikutan tangkapan yang dibuat oleh pihak polis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau semalam. Pihak polis berjaya menahan lima orang lelaki ketika sedang mengoyak dan mencabut bendera serta poster BN. Hasil siasatan mendapati mereka telah diupah oleh pihak pembangkang untuk berbuat demikian.

“Selama ini mereka menuduh kita buat macam itu tapi sekarang lihatlah siapa yang bermain kotor. Ini adalah perbuatan terdesak. Mereka seakan tahu akan tewas di Kerdau dan Merlimau. Sebab itu mereka main kotor,” jelasnya.

Beliau turut berpesan kepada penggundi di Kerdau dan Merlimau, agar terus bersama-sama BN dalam mengekalkan negara terus aman, makmur dan harmoni.

“Kita mampu merampas kerusi di kubu kuat mereka di Galas dan tidak mustahil kita akan menang berganda di Kerdau dan Merlimau, insyaallah,” katanya kepada UMNO-Online.

4 March 2011

Pengundi beri reaksi positif – Syed Ibrahim

KUALA KRAU, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata beliau mendapat reaksi positif daripada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan yakin mendapat sokongan penuh daripada penduduk kerana kehadirannya di sambut baik masyarakat setempat.

Beliau berkata, peningkatan sokongan itu dapat dilihat daripada setiap kali hadir pada majlis atau menziarahi penduduk pada sesi kempen pilihan raya kecil DUN tersebut.

“Hari ini masuk hari ketujuh berkempen, saya lihat sokongan bertambah dan  ini dapat dilihat ketika kami bertandang ke tempat mereka sambutan yang diberi amat baik.

“Banyak tempat telah kami kunjungi bagaimana pun kita perlu ulang balik agar mereka tidak lupa,” katanya ketika ditemui di Majlis Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri bersama masyarakat di Kampung Ketam, di sini.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, masyarakat Kerdau inginkan pembangunan yang seimbang antara fizikal dan spiritual.

“Pembangunan yang seimbang bukan sahaja diperlukan di Kerdau tetapi juga masyarakat di tempat lain. Pas sering membahagikan perkara tersebut. Iitulah politik mereka. Hakikatnya kita perlukan kedua-duanya sekali,” katanya.

4 March 2011

Hina Sesama Manusia, Pas Harus Tanggung Implikasi Dunia Akhirat

KERDAU, 4 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, sedikitpun tidak berasa hati dengan gelagat Pas yang menghina gelaran Syed.

Katanya, Pas semakin mencerminkan rupa sebenar mereka dan rakyat akan mampu menilai sikap parti ini yang kononnya memperjuang dan mempertabatkan agama Islam.

“Dalam agama Islam, sesiapa sahaja dilarang untuk menghina sesama manusia bahkan Nabi sendiri ada menyatakan dalam hadithnya, jangan menghina satu benda yang baik.

“Allah s.w.t juga pernah berfirman, bercakaplah dengan Firaun wahai kamu Musa dengan perkataan yang lembut. Ini jelas menunjukkan, kita ditegah untuk memandang rendah dan menghina sesama kita,” terangnya.

Menurut Syed Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Syed Ibra, sekiranya Pas mahu terus menghina, itu terserah kepada hak masing-masing.

“Secara tidak langsung, sikap parti itu mencerminkan peribadi dan cara pembawakan Pas. Rakyat akan menilai sikap mereka ini kerana Islam tidak pernah mengajar atau menyuruh kita memandang hina sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa,” terang Syed Ibra.

Beliau turut menjelaskan, Pas harus bertanggungjawab di dunia hingga akhirat atas implikasi daripada sikap mereka yang menyebabkan masyarakat akan memandang rendah terhadap agama Islam.

“Di dunia maksudnya dari segi kemasyarakatan yang menyebabkan orang Islam lain terpaksa membayar hutang yang sama terhadap hutang mereka buat. Orang akan pandang umat Islam itu dengan pandangan yang jahat dan serong disebabkan tingkah laku mereka.

“Oleh kerana itu, orang Islam yang lain terkena tempias dek akibat sikap Pas, maka mereka harus mananggung beban tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.

Syed Ibra turut berpesan agar pemimpin-pemimpin Pas yang jelas mengetahui ajaran Islam dengan mendalam agar mendalami serta menghayati apa yang diajar oleh agama Islam sebenarnya.

“Jangan kerana politik, mereka buat-buat tidak tahu apa yang mereka tahu,” ujarnya.

3 March 2011

Ummi Hafilda Turun Padang Dedah Rahsia Anwar

TEMERLOH, 3 Mac – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali hari ini turun padang dalam pilihan raya kecil Kerdau di mana beliau mahu mendedahkan “rahsia” Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pengundi.

Katanya beliau juga mahu membersihkan nama baiknya yang dicalarkan oleh anggota Parlimen Permatang Pauh itu.

“Tujuan saya adalah untuk membetulkan persepsi (terhadapnya) yang dicipta oleh Anwar dan geng selama 13 tahun. Jadi saya perlu bersihkan nama baik saya,” katanya pada sidang media di sini.

Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan saksi utama perbicaraan pertama kes sodomi membabitkan Anwar, baru-baru ini mengendalikan sebuah laman blognya yang banyak menulis tentang Anwar.

Beliau menyangkal dakwaan PAS bahawa tindakannya membangkitkan isu Anwar di dalam pilihan raya kecil Kerdau sebagai tidak relevan.

“Bagi saya ia adalah relevan kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang dan masih berceramah di sana sini. Lainlah kalau Anwar dah tak masuk politik,” katanya.

“Saya masih ada perkara nak didedahkan. Kalau dia masih angkuh dengan menuduh saya ini dapat upah, konspirasi dan sebagainya, saya tak keberatan (mendedahkan),” katanya merujuk kepada Anwar yang turun berkempen di sini malam ini.

Ummi Hafilda menyertai satu sesi ceramah di bilik gerakan Kampung Sekoh, Rumpun Makmur.

Sementara itu, bekas pembantu Anwar, Muhamad Rahimi Osman yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau juga akan mendedahkan “rahsia” Anwar termasuk hubungannya dengan Israel.

“Saya akan turun beri penerangan kepada orang kampung, orang Felda supaya tidak mudah percaya dengan cakap-cakap Anwar,” katanya.

Muhamad Rahimi menolak dakwaan pembangkang kononnya beliau dibeli Umno berhubung tindakannya mendedahkan rahsia dua akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada Jun 2008 mengenai kes liwat Anwar.

Beliau membuat laporan polis Oktober tahun lepas bahawa beliau telah dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah berkenan.

“Soal Umno beli tak timbul, ini lebih kepada soal kesedaran. Dulu saya memang ahli PKR. Umno tak beli, tak payah. Saya sedar selepas saya kerja dengan Anwar, saya tahu apa kerja dia, saya tahu apa kesilapan dia dan saya tahu apa agenda Pakatan Rakyat.

Beliau jgua berkata kehadiran Anwar pada PRK Kerdau adalah petanda bahawa pakatan pembangkang ketinggalan di belakang dan memerlukan “talian hayat”.

3 March 2011

Peneroka Sudah Muak Pembohongan Pembangkang

KUALA KRAU, 3 Mac – Peneroka di Gugusan FELDA Jengka muak dengan dakwaan pembangkang yang kononnya mereka kerajaan memperhambakan peneroka Felda dan meminggirkan kebajikan tanpa pembangunan yang sepatutnya di kawasan terbabit.

Dakwaan itu dilihat peneroka tidak berasas sama sekali kerana sejak ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Buktinya sejak Felda ditubuhkan 54 tahun lalu, kebanyakan peneroka kini mengecapi kemewahan daripada usaha mereka dengan bantuan kerajaan BN.

Bagi Asri Mat Ali, 53, dakwaan pembangkang itu dianggap hanya alasan untuk meraih undi penduduk dalam menghadapi pilihan raya kecil.

Katanya, sehingga kini telah banyak perubahan yang dibuat oleh BN di kawasan FELDA yang membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan peneroka.

“Kalau mereka (pembangkang) nak kata kami dipinggirkan itu semua hanya alasan dan pembohongan mereka semata kerana kemajuan yang kerajaan di kawasan FELDA ini terlalu banyak.

“Saya di sini sudah lebih 31 tahun. Saya merasai perubahan yang berlaku di kawasan ini. Dulu kami susah tetapi dengan bantuan dan skim yang ditawarkan kerajaan kepada peneroka telah mengubah kehidupan kami,” katanya yang berasal dari Raub.

Asri berkata, peneroka sudah muak dengan dakyah pembangkang yang sengaja ditimbulkan hanya untuk kepentingan sendiri.

Seorang lagi peneroka, Idris Aman, 56 turut mengakui kerajaan sudah banyak membantu masyarakat peneroka dari dulu sehingga kini.

Katanya, kalau hendak dibandingkan sewaktu dia mula-mula menyertai tanah rancangan FELDA ini dengan sekarang sudah banyak pembangunan yang diperoleh oleh peneroka.

“Masa mula-mula masuk dulu susah tetapi bantuan berterusan yang diberikan kerajaan kepada peneroka membuatkan kehidupan peneroka kini lebih senang berbanding dalu.

“Banyak kemudahan seperti air, elektrik dan jalan raya,” katanya yang sudah 31 tahun menetap di Jengka 23.

1 March 2011

Pengundi Faktor Penting Kemenangan BN di Kerdau-Syed Ibra

Kerdau, 1 Mac- Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau,Syed Ibrahim Syed Ahmad menyifatkan semua pengundi di DUN berkenaan merupakan penentu kepada kemenangan beliau pada 6 Mac ini.

Justeru katanya beliau akan menggunakan baki kempen yang tinggal lima hari sahaja lagi untuk bertemu mata dengan seramai mungkin pengundi berkenaan tanpa mengira kaum dan kawasan.

“Semua pengundi adalah penentu kemenangan BN dan bukan kaum tertentu sahaja. Tidak kira samada pengundi itu orang Melayu, Cina, India, orang asli sekalipun, bagi saya sama sahahaja.

Justeru saya akan bekerjas keras dalam tempoh kempen yang ada untuk bertemu dengan pengundi sama ada atas pagar atau luar pagar dan sebagainya untuk memastikan kemenangan BN nanti,” katanya kepada UMNO-Online, selepas lawatan rumah ke rumah di Kampung Badok dan Kampung Teluk Sentang, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai kempen beliau yang masuk hari ketiga hari ini, beliau menyifatkan sokongan kepada BN semakin meningkat termasuk di kalangan pengundi atas pagar dan mereka yang tidak berparti.

“Sepanjang tiga hari berkempen, saya nampak momentum sokongan ada peningkatan termasuklah pengundi atas pagar yang memberi keyakinan kepada kita. Oleh itu pendekatan kempen untuk bertemu dengan pengundi akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

“Terserahlah kepada pengundi untuk membuat penilaian. Kita serahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian,” katanya.

1 March 2011

Dua Pemimpin Kanan Pas Kelantan Pengunjung Paling Awal Sex Museum, Amsterdam


Jika anda tujukan tiga soalan kepada pemimpin PAS Kelantan, anda akan pasti mendapat 3 jawapan skema.

Soalan satu, kenapa masalah air di Kelantan tak selesai-selesai? Jawapannya ialah, di Mekah pun tak ada air.

Soalan ke dua, kenapa tidak berhenti menebang balak di Kelantan, cuaca di Kelantan dah banyak berubah dan semakin bertambah panas. Jawapan yang akan anda terima ialah, di Mekah pun panas jugak.

Soalan ke tiga, kenapa negeri Kelantan terus kotor walaupun dan 20 tahun pemerintahan berdasarkan Membangun Bersama Islam di laksanakan. Jawapan yang akan diberi ialah, di Mekah pun kotor jugak.

Baru-baru ini, apabila saya ketengahkan isu pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kota Bharu Bandar Raya Islam, saya dikejutkan dengan jawapan skema yang baru. Jawapannya ialah, apa pelik ada pelacuran di Kelantan, di Mekah pun ada pelacuran juga!

Sekarang saya sedar kenapa Kelantan di panggil Serambi Mekah. Rupanya supaya segala keburukan yang ada di Mekah dapat digunakan untuk membetulkan segala keburukan yang ada di Kelantan.

Baru-baru ini apabila kisah ADUN PAS berzina di atas keretapi tersebar luas di ruang siber, kita dikejutkan oleh kenyataan seorang yang mengaku menjadi saksi bahawa Nik Aziz berkata perbuatan ADUN tersebut sudah di maafkan oleh ‘Allah taalla’.

Nik Aziz sering menyamakan dirinya dengan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. apabila terjerat dengan perbuatan-perbuatan yang menyebabkan perbuatannya sebagai pemimpin di curigai.

Contohnya di dalam isu kronisme, Nik Aziz lantang mendakwa amalan kronisme adalah sunnah nabi bagi menjelaskan kenapa beliau melantik menantunya Abdul Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Boleh jadi sekiranya Nik Aziz di gasak oleh wartawan berhubung kesahihan zina seorang ADUN PAS di atas keretapi, Nik Aziz akan menjawab, ‘Sahabat Nabi Muhammad pun ada yang berzina….”

Itu tidak mustahil. Mungkin ADUN PAS Perupok, YB. Dato’ Omar boleh mula mencari-cari senarai sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang boleh dihulurkan namanya dan insidennya kepada Nik Aziz, untuknya melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seks menerusi telefon di antara beliau dengan seorang wanita sudah bersuami dan beranak satu yang sedang membara di ruang siber.

Benarkah di Mekah ada pelacuran? Saya tidak pernah tahu sebelum ini dan mereka yang kembali dari Mekah tidak pernah menceritakannya. Tetapi apabila pengikut-pengikut PAS bertegas mendakwa di Mekah pun ada pelacuran, ini menunjukkan mentaliti mereka. Mencari industri pelacuran di Mekah? Pelacuran Islam? Mutaah? Alhamdullillah.

Mengingatkan saya kisah dua orang ADUN PAS sekarang. Seorang ahli exco dan seorang bekas ahli Parlimen. Satu ketika kedua-dua mereka berkunjung ke Amsterdam bersama-sama.

Diriwayatkan oleh bekas ahli Parlimen itu, awal-awal pagi lagi beliau telah keluar dari hotel dan berjalan ke Red Light District di Amsterdam. Bila tiba di hadapan Sex Museum beliau mendapati ia baru dibuka dan tiada sesiapa dilihat mengunjunginya kerana masih terlalu awal. Bekas ahli Parlimen itupun segeralah masuk dan yakin dia tidak akan bertembung dengan sesiapa yang dikenalinya di dalam itu kerana masih di awal pembukaan muzium tersebut.

Alangkah terkejutnya beliau bila mendapati beliau bukanlah pelawat yang pertama tetapi yang kedua pada hari itu. Bila beliau asyik menikmati paparan di Sex Museum itu, beliau terserempak dengan pelawat pertama, dan orang itu tidak lain-tidak bukan adalah teman se hotelnya dari PAS Kelantan. Orang itu adalah ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan sekarang.

Sudah tentu jawapan dari pengikut PAS ialah melawat ke Sex Museum tidak pelik sebagaimana tidak pelik ada rumah pelacuran di Mekah dan di zaman Rasulullah s.a.w.

Cuma ia akan menjadi pelik jika Adnan Yaacob atau Ali Rustam yang melawat ke Sex Museum. Tentu pengsan Nasruddin Tantawi dan Nik Abduh berceramah soal orang UMNO masuk ke Sex Museum.

Tentu gugur jambang Khalid Samad kerana tidak berhenti buka tutup mulutnya berkata-kata mengeji perbuatan tersebut.

Semoga insiden-insiden ini di ambil iktibar oleh YB. Dato’ Haji Omar dan dijadikan perangsang untuk menempuh hari-hari akan datang. Yakinlah Dato’ Omar bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak mungkin boleh didakwa atas kesalahan moral kerana Nik Aziz ada nas bahawa kesalahan moral dunia hari ini, hanyalah untuk UMNO dan Barisan Nasional. Jika kesalahan moral itu dibuat oleh pimpinan PAS, itu kerana zaman Nabi dan para sahabat, ianya juga dilakukan mereka.

kickdefella.wordpress.com

1 March 2011

Peristiwa Masjid Rumpun Makmur: Nik Aziz Pemimpin Pak Turut!

KUALA KRAU 1 Mac – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sebagai pemimpin yang tidak layak untuk mengetuai kepimpinan Pas kerana beliau gagal dalam menterjemahkan sikap serta sifat yang sebenar sebagai seorang pemimpin utama.

Bilal Masjid Rumpun Makmur, Jalaudin Abdul Aziz,57 berkata hakikat berkenaan perlu diterima oleh penyokong mereka walaupun perkara itu pahit kerana peristiwa pada Jumaat lalu menyerlahkan sifat Nik Aziz yang sekadar jadi “pak turut” kepada juak-juaknya.

Menurut beliau dalam tempoh berkempen dan suasana pilihan raya, Nik Aziz sepatutnya mengelak dan bukannya menuruti perancangan yang telah diatur oleh penyokong mereka sempena pilihan raya DUN Kerdau pada 6 Mac ini.

“Biarpun beliau mengatakan tazkirah pada hari berkenaan tidak mempunyai unsur politik dan sebagainya, ianya adalah satu perkara yang tidak speatutnya berlaku kerana Nik Aziz memberikan tazkirah tanpa izin daripada pihak pengurusan masjid.

“Yerlah…bukankah beliau sebagai pemimpin Pas..Macam-macam akan timbul dan dalam suasana hari ini yang mana Kerdau menjadi tumpaun, saya tidak mahu melibatkan anak-anak qariah Rumpun Makmur ini dengan perkara yang dikhuatiri boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas peristiwa yang berlaku di masjid Rumpun Makmur baru-baru ini di mana Menteri Besar Kelantan terbabit telah memberikan tazkirah tanpa mendapat kebenaran daripada pihak jawatankuasa masjid sejurus selesai solat Jumaat semalam.

Sebelum itu terdapat desas-desus yang mengatakan Nik Aziz akan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid berkenaan, namun pihak masjid berjaya menghalang perkara itu daripada berlaku.

Jalaudin yang telah mencurahkan bakti sebagai Bilal di masjdi berkenaan selama 26 tahun seterusnya menambah, tindakan Menteri Besar Kelantan berkenaan adalah tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai pemimpin dan ditambah pula dengan panggilan “tok guru” oleh penyokongnya, beliau kena tahu adab sopan dan sebagainya.

“Takkan Nik Aziz tidak tahu semua itu. Homatilah kami sebagai pihak yang menguruskan masjid di sini. Janganlah jadi “pak turut” kepada puak-puaknya kerana beliau perlu ada pendirian yang tersendiri. – MediaUMNO

28 February 2011

Pembangkang Kini Semakin Ketandusan Isu Di Kerdau – Liow

TEMERLOH, 28 Feb – Pihak pembangkang kini dilihat semakin ketandusan isu untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau apabila bertindak menyamakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dengan kerajaan rejim Hosni Mubarak di Mesir.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tuduhan tidak berasas itu ternyata tidak berpaksi di bumi nyata tanpa mahu melihat pelbagai usaha transformasi yang sedang dilaksanakan kerajaan BN.

“Mereka (pembangkang) sengaja nak cipta isu kerana di sini sudah tidak ada isu besar, samakan kita dengan Mesir. Kita tidak sama, kerajaan sentiasa lakukan perubahan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tuduhan pihak pembangkang PAS di dalam siri ceramahnya di sini yang membuat tuduhan tidak berasas itu semata-mata mahu meraih undi.

Terdahulu itu, Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mengagihkan bakul makanan kepada 35 kanak-kanak Orang Asli yang mengalami masalah kekurangan zat makanan di Sekolah Jenis Kebangsaan Kerdau, dekat sini.

Pilihan raya kecil kawasan itu pada 6 Mac ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.